*Artis disanjung, ulama dipinggirkan*
Tuesday, April 12 @ 13:44:07 MYT
Oleh Salmiyah Harun
*KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh)* - Hampir setiap hari artis di negara ini
diberi penghormatan yang besar dengan pelbagai penganugerahan sedangkan
dalam masa yang sama para ulama pula disisihkan.
Dewasa ini berbagai-bagai anugerah diberikan kepada artis seperti
Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Seri Angkasa
dan Anugerah Era, bahkan penganugerahan ini pula dijadikan tontonan umum.
Selain itu, para artis juga diberi pengiktirafan oleh stesen televisyen
yang menawarkan puluhan ribu ringgit seperti Juara Lagu, serta Hitz 1
bahkan mereka juga diberi penghormatan membuat persembahan di luar negara.
Mengulas fenomena ini, Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Yaacob berkata,
perhatian yang begitu ketara diberikan kepada artis adalah untuk
menimbulkan suasana hedonisme dan mencetuskan budaya mengalih masyarakat
untuk berseronok sahaja.
Oleh itu, beliau berkata, masyarakat akan lalai dengan pengisian yang
disiarkan oleh televisyen sehinggakan masyarakat akan meninggalkan
tangunggjawab asasi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan sekarang dunia sudah akhir zaman
yang mana artis disanjung dan ulama disisihkan tetapi dalam keadaan ini
pihak pemerintah harus berpijak kepada asasnya iaitu 'amal maaruf nahi
mungkar'.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Riduan Mohd
Noor pula berkata, fenomena yang berlaku ini adalah sebahagian daripada
15 perkara yang akan menimpa umat manusia apabila di akhir zaman yang
mana artis-artis akan disanjung.
"Semua ruang diberikan kepada artis bak kata hampir kesemua program yang
dianjurkan oleh mana-mana pihak semuanya melibatkan artis termasuklah
karnival," katanya semasa dihubungi.
Jelasnya, penglibatan artis dalam setiap ruang itu adalah satu aset
utama pemerintah untuk memikat hati rakyatnya.
"Bukan sahaja program hiburan, malahan takbir raya pun pihak kerajaan
menggunakan artis, ulama pula seolah-olah tidak wujud di negara
ini,"jelasnya.
Sebab itulah katanya, masyarakat lebih cenderung menjadikan artis
sebagai 'role model' mereka untuk memupuk nilai budi bahasa bukannya
ulama yang pastinya mendidik berasaskan ilmu agama. - mks.