Terdapat sebuah keluarga yang berasal daripada Terengganu, tetapi telah berhijrah mengikut si ayah yang bertukar kerja ke sana sebagai seorang guru besar. Keluarga tersebut terdiri daripada si ayah, ibu, dan kelima-lima orang anaknya, jadi kesemuanya ada tujuh orang.
Menjelang hari raya aidiladha yang lepas, mereka pun hendak balik ke kampung mereka di Besut. Mereka pun berhimpit-himpit di dalam kereta Kancil milik si ayah.
Lalu si ibu berkata, "Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!"
"Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong", jawab ayahnya
Si ibu berkata lagi, "Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do'oh".
Lalu ketujuh-tujuh mereka pun berfikir dan berfikir bagiamana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Hendak sewa atau meminjam kereta yang lebih besar agak sukar, tambahan pula dalam masa suntuk tersebut, musim hari raya.
Tiba-tiba anak yang bongsu pun meminta hendak meminjam telefon bimbit kepunyaan ayahnya. Si ayah pun memberikannya, sambil bertanya kenapa.
Jawab si anak, "Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Awang nak panggil sorang kawe Awang, join skali balik kampong."
Si ibu bertanya," Guane mu nih? Tujuh oghang dokleh sumbak, nak panggil lagi sorang?"
Si Awang membalas, "Kite skarang kan dah ade tujuh oghang? Tamboh la lagi soghang. baru jadik 'LAPANG'...!!!"
Lalu si bapa, ibu dan keempat-empat abangnya pun meluku kepala si anak bongsu kerana lawak bodoh ciptaan sendiri. Dan mereka pun balik bersempit-sempit di dalam kereta Kancil teersebut, sambil si bapa berkira-kira sepanjang perjalanan untuk membeli Perodua Myvi pula.