Letupan di London - Mesej untuk komuniti Islam
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu. ” [Muhammad: 31]
Muslimin dan muslimat sekalian
Hari ini beberapa letupan bom telah mewujudkan kekecuhan di seluruh London - walaupun maklumat mengenai kejadian tersebut masih mencurah-curah masuk, yang jelas ramai yang telah terbunuh dan cedera. Juga jelas bahawa pemimpin dunia yang sedang bersidang di persidangan G8 di Gleneagles telah mengambil peluang untuk meneruskan retorik mereka berhubung dengan peperangan mereka menentang keganasan. Pihak media telah mula menjalankan kerja-kerja spekulasi mereka - memperkatakan mengenai pengeboman berani mati dan "Laman Web Islam" yang mendakwa bertanggungjawab di atas letupan tersebut yang hanya menyebabkan masyarakat kita semakin diragui.
Pada masa yang sama - di mana komuniti kita sedang berhadapan dengan persoalan-persoalan, tuduhan dan kutukan -kita perlulah berwaspada di atas setiap tindakan dan reaksi kita, kerana kali ini ia merupakan satu ujian bagi kita semua sebagaimana ujian-ujian yang lain, Allah SWT akan menyoal kita bagaimana kita mengatasi ujian-ujian tersebut.
Selepas memikirkan tentang segala kemungkinan mengenai kejadian tersebut bagi kamoniti kita, kami ingin menyebut beberapa perkara bagaimana kita harus menangani kejadian tersebut.
Dalam menghadapi setiap ujian, Islam mengajar umatnya agar bersabar. Sabar bukan bererti kita menolak kebenaran pada ujian pertama. sabar bererti kita mestilah bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT dan meminta pertolongan-Nya dan mengikuti setiap suruhan-Nya tanpa meninggalkan satu[un dari suruhan tersebut walaupun kita sedang menghadapi ujian.
Allah SWT telah mengangkat ummah ini untuk membawa risalah Islam dan menyatakan yang hak walaupun kita menghadapi provokasi dan menghadapi ujian. Malahan mengatakan yang hak mengenai kolonisasi ke atas dunia Islam dan pembunuhan, perkosaan ke atas ummah ini oleh kerajaan Barat amat tinggi. Kejadian di London akan digunakan oleh kerajaan tersebut untuk mendiamkan ummah ini dan menjauhkan kita dari ummah. Kita juga seharusnya melaksanakan dakwah kepada golongan bukan Islam mengenai Islam untuk memberi peluang kepada mereka merasai keagongan agama kita dan jalan penyelesaian cara kita.
Pada masa jari-jari ditundingkan ke arah kita dari komuniti yang lebih luas kita hendaklah bersatu sebagai sebuah komuniti dengan satu suara. Ya, hukum Islam tidak membenarkan umat Islam mencederakan atau menyakitkan orang awam, tetapi pada masa yang sama hukum Islam tidak membenarkan kita mengutuk umat Islam bagi tujuan untuk meringankan sedikit tekanan ke atas kita. Kutukan akan hanya membantu pemimpin Barat yang mahu menggunakan ketakutan sebagai senjata untuk menggubah ummah Ini dan agama kita dan juga membolehkan mereka menangkap lebih ramai umat Islam secara zalim di bawah undang-undang zalim mereka.
Adalah tidak mustahil, pada masa akan datang bahwa simbol masyarakat Islam seperti masjid dan sekolah akan menjadi sasaran tindakan ganas mereka; dan tidak mustahil juga bahawa kaum muslimah kita akan menjadi mangsa perkosaan mereka atau mungkin akan diserang. Kami ingin menasihati komuniti Islam agar bersiap sedia dan membuat apa sahaja persiapan untuk melindungi diri kita sendiri dari bahaya-bahaya tersebut.
Akhirnya kita mestilah memperbanyakkan doa. Doa terbaik ialah dengan meminta Allah mengangkat ummah ini dan mesej kita agar dapat sekali lagi kita hidup di bawah undang-undang Islam (di bawah sistem khilafah) dan umat Islam dapat melaksanakan Islam yang akan menjadi cahaya yang akan menyinari dunia yang sedang dilanda kegelapan ini.
Muslimin dan muslimat!
"Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah diri." [Ibrahim: 12]
Hizb ut-Tahrir Britain
8 Julai 2005 / 2 Jumada al-Thani 1426