1.000 !! Wuyyoo!
Jerebu tidak baik untuk kesihatan . Rakyat disarankan duduk di rumah, dan
seboleh-bolehnya mengelakkan berada di luar. Semua orang tahu perkara ini.
Kecuali hampir 1000 demonstran yang sanggup berpedih mata dan bersesak nafas
untuk menyuarakan bangkangan terhadap ISA.
Secara kebetulan, sekolah tutup ( jerebulah) dan demo pula dirancangkan pada
hari semua sekolah di dalam negeri Selangor di arah tutup. Dahlah mengantuk,
sorong bantal lagi, apa lagi? Maka berkembaralah seorang anak dan ibunya
mengharungi cuaca buruk, DEMI memperjuangkan kebenaran!
Sudah agak lama saya tak ke Masjid Negara. Maklumlah, boleh dikatakan
kebanyakan kali saya ke sana pasti bertemu dengan pakcik-pakcik berkeledar
merah. Tetapi hari ini berbeza, tiada trak-trak merah saga menanti. Malah,
perhimpunan ini turut mendapat restu OCPD! Sebagai seorang veteran, jarang
sekali perkara ini saya alami ( kali pertama di Terengganu , kes Masjid
Bujal) Maka, Alhamdulillah, dan juga terima kasih pada pihak berkuasa dan
pasukan keselamatan kerana akhirnya faham setelah sekian lama bahawa kami
penunjuk perasaan ini hanya menunjuk itu sahaja - perasaan. Cuaca selepas
solat Jumaat (khutbah : bahaya jerebu) tadi agak terik. Biasalah. Mana ada
orang protes dalam air-con?
Gambar-gambar terdapat di laman flickr saya