mencari pemuda unggul
aku menanti kemunculan,
seorang pemuda unggul,
hidup taqwa pada tuhan,
tiada lakonan dalam masyarakat
niatnya ikhlas,
budinya baik,
tingkahlakunya terjaga,
mengerjakan yang baik,
menjauhi yang jahat.
hatinya tidak punya,
prejudis atau nista,
menerima manusia
seadanya
yakin
allah maha berkuasa,
tugas menyampai saja
kreatif, dan kritis,
serta punya inisiatif
tiada suka membazir masa
berani mengorak langkah
walau tanpa sokongan
empatinya tulen,
bukan sekadar tempelan
atau ikut-ikutan
bila tiba musim
dia tidak mahu
nasib saudaranya terus sebegini
hidup melarat dan hina
sedang dia punya
kuasa buat mengubahnya.
bercita tinggi
mengimpi iman sempurna
bak kata nabi
'ubah dengan tangan
andai tak mampu
dengan lidah
andai tak mampu
dengan hati - selemah iman'
tidak
tangan mesti digerak
serta
lidah mesti menyorak
dan
hati mesti menolak
aku menanti pemuda unggul
di mana dia pemuda unggul?
bilakan tiba pemuda unggul?
adakah kita pemuda unggul?
seorang pemuda unggul,
hidup taqwa pada tuhan,
tiada lakonan dalam masyarakat
niatnya ikhlas,
budinya baik,
tingkahlakunya terjaga,
mengerjakan yang baik,
menjauhi yang jahat.
hatinya tidak punya,
prejudis atau nista,
menerima manusia
seadanya
yakin
allah maha berkuasa,
tugas menyampai saja
kreatif, dan kritis,
serta punya inisiatif
tiada suka membazir masa
berani mengorak langkah
walau tanpa sokongan
empatinya tulen,
bukan sekadar tempelan
atau ikut-ikutan
bila tiba musim
dia tidak mahu
nasib saudaranya terus sebegini
hidup melarat dan hina
sedang dia punya
kuasa buat mengubahnya.
bercita tinggi
mengimpi iman sempurna
bak kata nabi
'ubah dengan tangan
andai tak mampu
dengan lidah
andai tak mampu
dengan hati - selemah iman'
tidak
tangan mesti digerak
serta
lidah mesti menyorak
dan
hati mesti menolak
aku menanti pemuda unggul
di mana dia pemuda unggul?
bilakan tiba pemuda unggul?
adakah kita pemuda unggul?