Islam dan Hiburan II
Dari Harakahdaily:
"Tambahan pula katanya, pihak artis memberi reaksi positif bahkan mereka mengakui Pemuda PAS sebelum ini tidak pernah bertemu artis sehingga menjadikan jurang terlalu jauh.
Sehinggalah pada satu tahap artis menganggap PAS selalu menuduh artis sebagai golongan yang menyuburkan maksiat, katanya.
"Bagaimanapun setelah dijelaskan kepada mereka tujuan Pemuda PAS, KRU sanggup menjadi jambatan kepada artis jika PAS berhasrat murni, dan dia juga minta bimbinglah mereka kerana artis pun mahu jadi seperti orang lain,” katanya.
Katanya lagi, Pemuda PAS tidak menafikan kerjaya yang dipilih artis adalah periuk nasi mereka tetapi Pemuda PAS mahu ianya berada dalam keadan yang lebih berakhlak dan berberetika."