Wednesday 

Halal Beer?

The brewer, his halal beer and a potential fortune: "We can make this product in Germany, where brewers have hundreds of years of experience, and then ship it to the bottlers who just need to add water and flavours and will instantly have a whole new line of malted beverages,' says Mr Kamil. He adds that the drinks would be certified halal, or religiously permissible, by a Muslim cleric in Berlin."

 

Islam Dan Hiburan III

GREENNNGGG REBAB SELAMPIT - Pakcu Selampit: "Ada orang kata kita nak berdakwah melalui huburan? Dakwah lagu mana wei...? Setara mana sangat unsur dakwah boleh diselit dalam hiburan? Kalau peratus munkar itu lebih banyak dari haq macam mana? Pakcu senang sahaja, lagu mana kita boleh melahirkan sesuatu yang baik dari bekas yang tidak baik. Bolehkah kita bubuh susu dalam gelas bekas nila? Boleh... tetapi tentu susu itu akan jadi biru."


Isu Mawi ke Kelantan: Tok Guru MB Kelantan beri penjelasan
: "Malah kata Tok Guru istilah menyanyi itu sendiri sepatutnya tidak dihadkan dengan menyanyi yang kita dengar dan ikuti hari ini. Sesungguhnya nasyid dan marhaban itu juga menyanyilah asalnya. Di zaman Rasulullah saw dahulu, terlalu ramai mereka dizaman itu yang telah mempersembahkan syair di hadapan baginda, antara yang terkenal adalah Hassan bin Tsabit. Bersyair itu kata Tok Guru menyanyilah juga hakikatnya."

 

Cancer Risk In Potato Chips

New Straits Times - Malaysia News Online: "'But with more researchers and scientists proving its dangers to humans, we may study the possibility of warnings on potato chip and french fry containers,' he told the New Straits Times today."

 

Boikot!

'Glory be to him

Who took His slave (Muhammad) on a journey by night,

From the Holy Mosque to the Furthest Mosque,

The precincts of which We have blessed,

That We might show him some of Our signs.

He is the All - Hearing, the All – Seeing.’



Secara kebetulan saya teringat semula kepada satu rentetan posting di papan buletin friendster tidak lama dahulu yang mempersoalkan keberkesanan boikot terhadap barang Anglo-Israel dan juga adakah ia membawa manfaat atau mudharat kepada komuniti muslim. Lama juga saya memikirkan hal ini. Jihad untuk membebaskan Palestin mesti dijalankan, tetapi pada masa yang sama kita perlu terus hidup. Lihat sajalah pada monitor anda, adakah ia hasil ciptaan cerdik pandai muslim? Atau CPU anda, negara Islam mana yang merekanya? Ramai orang makan gaji dengan syarikat-syarikat Amerika. Tidakkah perbuatan memulau barangan mereka ini hanya membawa kegawatan ekonomi kepada golongan ini?

Menurut pandangan kawan saya, kita harus akur bahawa aktiviti boikot ini sia-sia, ibarat menghentak-hentakkan kaki ke tanah : bising tapi tak berapa berkesan. Tetapi yang peliknya, dalam mesej yang sama jugalah saudaraku ini memhamburkan betapa bencinya dia terhadap yahudi dan suku-sakatnya. Saya sendiri agak keliru membaca mesej-mesej beliau. Di sini kita punya seorang belia yang peka dengan keadaan ummah dan sedar akan tanggungjawabnya, tetapi pada masa yang sama mengecam salah satu bentuk protes sebagai sia-sia, batil, useless. Aku nak jawab time tu tak boleh, pasal aku pun tak tahu. Tapi persoalan yang ditumbulkannya itu ada betulnya. Kenapa kita nak boikot? Apa yang nak diboikotkan? Apa yang jadi kalau kita boikot barang-barang mereka?

Seperti yang saya sebut tadi, saya bukan ahli dalam hal ini, tetapi saya pasti Sheikh Yusof Al-Qaradhawi lebih dari ahli untuk mengulas tentang perkara ini, beliau berkata :

“It is Jihad to liberate the Islamic lands from those who attack or conquer them. These are enemies of Islam. This Jihad is an absolute obligation and a sacred duty; firstly on the people of that land. If the Muslims of that land can’t offer sufficient resistance, then Muslims of neighboring countries are obliged to assist. If this is still not sufficient then all the Muslims of the world must assist.

Palestine is the land of the first qiblah of the Muslims, the land of Isra’ and Mi`raj, the land of Al-Aqsa and the blessed territory. The conquerors are those with the greatest enmity to the believers, and they are supported by the strongest state on earth - the USA, and by the world Jewish community.

Jihad is obligatory against those who take land and expel the inhabitants, spill the blood, violate the honor, destroy the houses, burn the fields, and corrupt the land. Jihad is the first obligation of all obligations, and the first duty of the Ummah. Muslims are commanded to do this, first those from the land in question, after that their neighbors, and finally all Muslims.

We must all be united against the aggressors. We are united in Islam, including unity of belief in the Shari`ah, unity of belief in the qiblah, and also united in pain and hope. As Allah Almighty says: “Verily this Ummah of yours is one Ummah.” (Qur’an, 21:92). Allah Almighty also says: “Surely the believers are a single brotherhood.” (Qur’an, 49:10). There is a Hadith of the Prophet (peace and blessings be upon him) which states: “The Muslim is the brother to the Muslim, he can’t oppress him, he can’t give him up, he can’t let him down.” (Reported by Muslim)

Now, we see our brothers and children in Al-Aqsa and the blessed land of Palestine generously sacrificing their blood, giving their souls willingly in the way of Allah. All Muslims must help them with whatever power they have. (See the Noble Qur’an, 8:72).

If people ask in the name of religion we must help them. The vehicle of this support is a complete boycott of the enemies’ goods. Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression. Buying goods from them will strengthen them; our duty is to make them as weak as we can. Our obligation is to strengthen our resisting brothers in the Sacred Land as much as we can. If we cannot strengthen the brothers, we have a duty to make the enemy weak. If their weakness cannot be achieved except by boycott, we must boycott them."


Kalau anda terus membaca fatwa tersebut, anda akan dapati al-sheikh mengatakan "American goods, exactly like “Israeli” goods, are forbidden". Kalau ada yang tidak arif Bahasa Inggeris, forbidden itu maksudnya haram. Haram membeli, haram mengiklan. "Wah, kalau begitu bagaimana dengan telipon motorola saya?""Takkan aku nak berhenti kerja KFC?" "Mana nak cari ganti Centrino laptop aku?"
Akan hal ini, Dr. As-Sayed Nuh, ulama Azhar dan professor Hadith di Universiti Kuwait mengatakan :
“We should differentiate between what we call Daruriyyat or necessary needs, and Tahsiniyyat or luxuries.

If the products that Muslims tend to buy are from the second category (i.e. they are Tahsiniyyat), then it is better to forgo them irrespective of whether those products are American, European or even national products.

However, if some Muslims find themselves weak and have strong desires to buy goods belonging to Tahsiniyyat category, then they should not buy from those who support the Jews and Zionists who occupy Palestine and kill the innocents, demolish houses, plunder money, violate the honor of people and profane the sanctity of sacred places in an attempt to bring the progress of the Muslim Ummah to a virtual standstill. It is well known that America plays the greater role in supporting those Jews and Zionists. "

Saya rasa tak ada siapa yang akan mempertikaikan membeli barangan keperluan itu mubah. Tapi rokok tu barangan keperluan ke?

Point yang terakhir, ada kesan atau tidak boikot ni?
Sekali lagi ad-Doktor mengatakan :
"Finally, we should not underestimate the impact of economic boycott on the enemy. Some of us may think that the little goods boycotted may not affect the enemy’s strong economy.

Our basic principle is not to lend any form of support to those who help kill Muslims. It’s worthy mentioning here that Egypt, for example, has played a greater role in boycotting the products of the enemy to the extent that the institutions boycotted were forced to shut its branches in Egypt and left the country without return.”


Jika kita kaji kembali sejarah-sejarah perjuangan terdahulu, kita akan dapati boikot ini memang satu senjata yang hebat. Gandhi boikot, kolonial Amerika boikot, ANC (Afrika Selatan) boikot. Adakah perbuatan mereka ini sia-sia?

wallahualam

sedikit informasi tambahan :
1. Bagi mereka yang percaya bahawa al-Quran menjanjikan Israel buat kaum Yahudi, sila baca
2. Selamat menyambut kemerdekaan.

Monday 

Hutan Sarawak

Dalam rimba.Ada orang utan. Ada takda. Ada?Siapa? Apa?Tak percaya?



Ehem.

Tak ada apa-apa. Teruskan.Teruskan.

Friday 

So long and Thanks For All The Fish!

I've been looking for this.
Singing Dolphins!

 

Hidup mau berkat!

Pada malam sabtu yang basah ini, cukuplah dengan gurindam ini :

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,

Apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan
naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu,
tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jelah minyak gamat.

Yang lelaki,
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,

Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini,
siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa,
tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu,
nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah ka mu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda a dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.)

Thursday 

This is something new


A statement from DACS (bukan itik). What a pleasant surprise.

 

Fly me to the moon


Patutlah tak jumpa. Dah Mi'raj rupanya...

klik gambar untuk melihat lebih banyak gambar AP

Wednesday 

Study, Study, Study


Rehat seketika bersama kit-kat

Tuesday 

Guess Who?

Dari Harakahdaily: "Kalau kita nak kira Asiah isteri kepada Firaun datang dari istana Firaun sendiri, tetapi kita tetap mengambil dia sebagai seorang yang boleh dicontohi"

maketh sense, maketh sense

Monday 

Download Speed Test Results

:::.. Download Stats ..:::
Connection is:: 67 Kbps about 0.1 Mbps (tested with 97 kB)
Download Speed is:: 8 kB/s
Tested From:: http://testmy.net/ (server1)
Test Time:: Mon Aug 22 2005 11:31:20 GMT+0800 (Malay Peninsula Standard Time)
Bottom Line:: 1X faster than 56K 1MB download in 128 sec
Diagnosis: May need help : running at only 20.24 % of your hosts average (net.my)
Validation Link:: http://testmy.net/stats/id-I49XRB8UK



this is what you get with the 1MB Streamyx package


but to be fair, the jaring results, while inconsistent, were much better.

Sunday 

Fogging

I can't imagine this happening here :

Nightly spraying to fight mosquitoes raises concern in Sacramento

SACRAMENTO – It's just after dusk when three municipal pickup trucks, orange lights flashing, begin their slow roll through a quiet neighborhood, pumping out a fog of sweet-smelling pesticide.

The sidewalks are deserted, residents shuttered in their homes. It is a scene displayed almost nightly in California's capital, which has become the epicenter of the state's fight this summer against West Nile virus.

The program to control disease-carrying mosquitoes also includes the state's first aerial spraying of pesticides over an urban area in more than 20 years.

Many residents have resigned themselves to the nightly intrusion, but others have denounced the pesticide program as raining toxins on their homes with little warning and few safety assurances.

"I'm hoping researchers have studied the exposure, the health risks," said Jaime Lemus, 27, a father of three. "If it's West Nile versus an unknown, long-term disease, I guess I'll leave it up to the experts."



but the best part is this :

Jeanne Zinky rushed home before the scheduled spraying to dig Tony, her tortoise, out from under the plants in the backyard.

"I don't want him to get sprayed on," the accountant said of her 65-year-old pet.


But when you do think about it, perhaps these people have a point. If its poisonous to mosquitoes, whose to say its 100% safe for human beings? But with no fogging there will be mosquitoes everywhere, and that's not good neither. Wallahualam.

Saturday 

Islam dan Hiburan II

Dari Harakahdaily:
"Tambahan pula katanya, pihak artis memberi reaksi positif bahkan mereka mengakui Pemuda PAS sebelum ini tidak pernah bertemu artis sehingga menjadikan jurang terlalu jauh.

Sehinggalah pada satu tahap artis menganggap PAS selalu menuduh artis sebagai golongan yang menyuburkan maksiat, katanya.

"Bagaimanapun setelah dijelaskan kepada mereka tujuan Pemuda PAS, KRU sanggup menjadi jambatan kepada artis jika PAS berhasrat murni, dan dia juga minta bimbinglah mereka kerana artis pun mahu jadi seperti orang lain,” katanya.

Katanya lagi, Pemuda PAS tidak menafikan kerjaya yang dipilih artis adalah periuk nasi mereka tetapi Pemuda PAS mahu ianya berada dalam keadan yang lebih berakhlak dan berberetika."

Friday 

Islam dan Hiburan

Esprit De Corps menulis :
"Islam bukan setakat pada politik, tetapi juga seni hiburan dan budaya juga perlukan Islam. Sebab ia adalah sebahagian kehendak masyarakat. Kenapa gerakan Islam seolah-olah meminggirkan golongan artis dan pendokong budaya ini? Seolah-olah hiburan itu haram secara mutlak."

 

MSN Spaces

Testing MSN Spaces. This post should appear at both sites.

 

 

 

Updates!

Added blogroll at lower left hand corner ( where the other blogs links used to be). Found blogskins, must be a girl thing. Oh, dan SELAMAT BERCUTI kepada semua pelajar Malaysia. Periksa dah dekat wei!

 

Saya semalam menerima sepucuk email meminta saya membantu promosikan laman ini. Sebenarnya saya pun tidak pasti sama ada penghantar email tersebut telah melawat laman ini ataupun beproud memandangkan ia dihantar kepada alamat email ilbloop, yang boleh didapati di kedua-dua buah laman tersebut. Walaubagaimanapun, saya pergilah melihat laman itu. Secara mudahnya, ia merupakan sebuah laman dakwah di mana tujuannya ialah untuk berdakwah semula kepada golongan yang telah tersasar dari jalan yang lurus (na'uzubillah) dan masyarakat manusia secara umumnya. Kalaulah saya pun mampu berbuat sedemikian. Tetapi di sini saya ingin memberi sedikit cadangan kepada yang empunya laman ini (kalau hang boleh baca Melayulah): Saya rasa ada baiknya juga sekiranya persoalan-persoalan yang lazim ditimbulkan oleh orang Islam yang tidak menerima didikan agama secukupnya turut dijawab. Pada pendapat saya, kekeliruan dan ketidakfahaman inilah antara faktor yang mendorong mereka untuk murtad kelak. Bersama post ini saya lampirkan link dan potongan artikel yang saya rasakan menarik :

BACK to ISLAM:
"Circumcision
This is something which people shouldn’t worry or get scared about. This is only an optional choice which you can decide later on. Circumcision does not make somebody a muslim, neither does it make somebody a non muslim. It is only a procedure of cleanliness which you right want to do to keep yourself clean.

It is stated in the hadith, sahih Muslim, it is a fitrah, meaning practice of the prophet. There is no compulsion to circumcision. Majority of the muslims are circumcised. However, I noticed that there are some muslims who are not circumcised too."

 

1.000 !! Wuyyoo!

Jerebu tidak baik untuk kesihatan . Rakyat disarankan duduk di rumah, dan

seboleh-bolehnya mengelakkan berada di luar. Semua orang tahu perkara ini.

Kecuali hampir 1000 demonstran yang sanggup berpedih mata dan bersesak nafas

untuk menyuarakan bangkangan terhadap ISA.

Secara kebetulan, sekolah tutup ( jerebulah) dan demo pula dirancangkan pada

hari semua sekolah di dalam negeri Selangor di arah tutup. Dahlah mengantuk,

sorong bantal lagi, apa lagi? Maka berkembaralah seorang anak dan ibunya

mengharungi cuaca buruk, DEMI memperjuangkan kebenaran!

Sudah agak lama saya tak ke Masjid Negara. Maklumlah, boleh dikatakan

kebanyakan kali saya ke sana pasti bertemu dengan pakcik-pakcik berkeledar

merah. Tetapi hari ini berbeza, tiada trak-trak merah saga menanti. Malah,

perhimpunan ini turut mendapat restu OCPD! Sebagai seorang veteran, jarang

sekali perkara ini saya alami ( kali pertama di Terengganu , kes Masjid

Bujal) Maka, Alhamdulillah, dan juga terima kasih pada pihak berkuasa dan

pasukan keselamatan kerana akhirnya faham setelah sekian lama bahawa kami

penunjuk perasaan ini hanya menunjuk itu sahaja - perasaan. Cuaca selepas

solat Jumaat (khutbah : bahaya jerebu) tadi agak terik. Biasalah. Mana ada

orang protes dalam air-con?



Gambar-gambar terdapat di laman flickr saya

 

Kejerebuan


Kejerebuan
Originally uploaded by sdr. mohamad lutfi hakim ariff.
Bala ? Ujian ? Kebakaran ?

 

Hari ini jerebu sudah kurang. Alhamdulillah.

 

Bukan rumah siap pahat berbunyi, tetapi ....

Fantasia Mawi dan realiti inflasi - Malaysiakini (berbayar)

Rakyat lupa seketika segala masalah mereka hujung minggu lalu. Para peneroka di Felda Taib Andak dan warga Dusun di Kota Belud, Sabah melupakan kepenatan serta kekeringan saku mereka kerana sibuk bercakap mengenai Mawi dan Felix.



Setelah tamatnya Mawi dan AF3...Melayu tersedar dari lenanya

Nampaknya, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu Islam sekarang sudah mewah. Sudah berduit. Sudah mampu berSMS untuk AF. Sudah mula mempunyai fan club (AF3). Sudah boleh melonggo di depan skrin gergasi sampai dinihari dalam tirisan embun pagi.

Dan selepas berakhirnya fenomena AF3 atau lebih tepat fenomena Mawi ini, maka akan tidak kedengaranlah lagi suara-suara yang mengeluh duit dah habis agaknya. Agaknya, tak akan ada lagi pelajar universiti mengadu tiada 'loan' atau biasiswa untuk belajar.


Fenomena Mawi

Dia tidak tahu menari. Macam mana penghibur tak tahu menari. Orang kata dia macam kayu. Sekarang bolehlah sikit seperti katanya, ‘Tidaklah macam kayu sangat.’ Tetapi dengan beberapa perkara yang menarik pada saya itu tidak mungkin menjadikan dia lebih popular dari Dr. Mahahir dan Siti Nurhaliza.



ada sesiapa nak jadikan saudara ini idola :

Najmil Faiz - The Malaysian Idol


Salam sejahtera. Dikala ini, ramai diantara kita yang lebih mengenali peserta-peserta pertandingan program realiti. Nyanyian dan persembahan mereka sudah lali dengan kita. Kita boleh mengetahui nama kampung atau warna kegemaran peserta tersebut. Namun apabila kita menyebut nama Najmil Faiz, tak ramai yang mengenali beliau.

Kita lebih mengambil berat dan sanggup mengalirkan airmata mendengar penyanyi dikritik atau diundi keluar daripada mengingati pengorbanan seorang pemuda Melayu berhempas pulas bekerja keras mencuci bangunan dan mengangkat barang demi mencari wang untuk membiayai pelajaran dan survival beliau di negeri orang.

Inilah cerita mengenai seorang pemuda Melayu yang pada 14 Mac 2005 yang lalu, telah membentangkan hasil kajian beliau kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Para pelajar terutamanya diharap menjadikan Najmil sebagai contoh dan idola mereka...

Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz bukanlah dengan jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaan beliau biarpun beliau terpaksa merangkak sekalipun.

Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya saing.

Najmil Faiz Mohammed Aris, 26 tahun, pemuda berasal dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah 'tersedar' daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga. Selepas itu, beliau pernah bekerja di stesen minyak dan merasakan dirinya selalu dipandang rendah. Beliau pernah berasa malu dan tertekan kerana kegagalan, namun beliau berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abangnya. Disitulah permulaan dirinya yang baru.

Kemudian beliau bekerja dengan sebuah firma di Kelantan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), di Batu Pahat dan pada tahun 2000 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds.

Di sana, beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari. Pada waktu rehat tengah hari, sementara menunggu kuliah petang, dia bekerja. Semua jenis kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi menampung kos pengajian dan sara hidup.

Semasa menceritakan pengalamannya di suatu majlis di Kuala Lumpur, beliau berkata bahawa tiada istilah penat dalam diri beliau dan beliau kerap tidak tidur malam mengulangkaji pelajaran. Beliau menambah lagi bahawa bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap ini, sehingga untuk belajar bahasa Inggeris pun beliau terpaksa bertungkus lumus. Di dalam majlis tersebut, terlihat kesyahduan wajah kepuasan beliau dan menampakkan keyakinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya yang berakhir tahun depan.


Pada 14 Mac 2005 yang lalu, beliau mencipta sejarah pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiiktirafan untuk membentangkan kajian beliau "Micro Machine Process" kepada anggota Parlimen UK di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Beliau membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit. Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan "Micro Machine Process".

Najmil yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, berjaya membuka mata industri United Kingdom terhadap kebolehan rakyat menerusi inovasi yang dihasilkan. Menurut Najmil, kajiannya berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan. Katanya pengurangan geseran akan membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan. Kajian beliau amat diminati pengilang kerana ia dapat menjimatkan kos operasi berbilion ringgit dan masa, meningkatkan kadar hayat mesin dan gear yang digunakan serta meningkatkan keefisienan sektor pengilang di seluruh dunia.

Selain itu, teknologi ini mampu dimanfaatkan oleh sektor perubatan terutamanya dalam pembedahan tulang belakang dan tulang pinggul. Ini dengan meminimumkan geseran pada permukaan dan sendi tulang yang dapat memastikan tulang berfungsi dalam keadaan terbaik.

Hasil daripada pembentangan beliau yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajian Najmil di House of Common.

Menurut Najmil lagi, sepanjang menuntut dan menjalankan penyelidikan itu, beliau mendapat banyak bimbingan dan nasihat daripada tenaga pengajar di universitinya selain sokongan rakan-rakan. Beliau terpilih untuk membuat pembentangan itu hasil daripada perakuan universitinya.


Beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil kajian beliau di Malaysia agar Malaysia dapat bersaing dengan negara lain menjelang 2020.

Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Mac tahun depan untuk muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, sekaligus memulakan kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat, Johor. Beliau berazam untuk berkongsi pengetahuan dan teknologi yang dikumpulkannya sejak berada di UK dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar KUiTTHO apabila kembali ke tanah air sebagai seorang pensyarah. Memegang pepatah Melayu, ``Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'', Najmil menolak ganjaran tinggi yang ditawarkan oleh industri di UK.


Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mungkin tidak boleh menyanyi dengan 'pitching' yang elok mahupun menjanjikan persembahan naynyian yang baik, namun beliau patut menjadi pujaan anak-anak dara dan ibu-ibu sebagai calon suami dan menantu, idola kepada para pelajar dan ibubapa yang mengecapi keselesaan hidup. Sedangkan beliau yang susah boleh berjaya, mengapa tidak kita terutamanya yang membaca artikel ini di jiwang.org?

Anehnya ketika Najmil berjuang untuk kecemerlangan diri dan bangsanya, ramai orang muda langsung tidak memikirkan soal agenda bangsa. Mereka lebih kelihatan dilanda keasyikan untuk pencarian bakat nyanyian. Mendorong makin ramai remaja Melayu di bangku sekolah lagi sudah berlumba-lumba mahu menjadi penyanyi, bukannya pakar matematik dan sains. Seolah-olah hiburan menjadi agenda lebih penting.


Najmil Faiz adalah seorang idola yang tidak boleh di-AFSINGKIR-kan daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia.


Disesuai dan diubahsuaikan dari:

- Najmil buka mata industri UK kebolehan rakyat kita, Utusan Malaysia 23/03/2005
- Prof. Diraja Ungku Aziz terima `Anugerah Melayu Terbilang', Utusan Malaysia 12/05/2005
- Najmil Faiz azam kembang teknologi Nano, Utusan Malaysia 16/07/2005
- Antara realiti dan fantasia, Mingguan Malaysia 31/7/05
- Gambar dari Bernama


Artszfar signing out... (exclusive for Jiwang.Org)
Kalau ramai macam dia nih mesti negara kita hebat.

sekadar renungan...


Monday 


Muslims Mourn Late Sheikh Deedat

innalillah wa inna ilaihi raji'un

Thursday 

Sajak Untuk Anwar Ibrahim

Sajak bertajuk "Musim Penyesuaian " dibacakan oleh Dinsman (reformis) ditujukan khas kepada sdr Anwar Ibrahim pada "Malam Saksi 14 April" pada pukul 8.30 malam 13 Mac 2005, bertempat di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

MUSIM PENYESUAIAN

Tiada lagi cerita duka tiada lagi cerita lara tiada lagi cerita sengsara tiada lagi cerita aniaya tiada lagi cerita air mata tiada lagi cerita penjara tiada lagi cerita fitnah dan konspirasi orangnya telah dibebaskan

Tiada lagi marah dan maki tiada lagi tiup semangat berapi tiada lagi cerita menggamit simpati tiada lagi jeritan laungan slogan orang yang di dalam sudah pun di luar

Tiadalah lagi cerita misteri dan luar biasa z cerita yang ada kembali ke cerita biasa kemelut politik perebutan pengaruh percaturan stategi macam-macam muslihat dan musibat

Suasana telah berubah angin telah bertukar langit beralih warna kelkatu tua itu tak daya mengangkat hidung besarnya lalu berundur kita yang menjerit, memekik undur maha zalim undur maha Firaun undur akhirnya dia undur siapa yang naik? siapa yang naik? kenapa bukan kita yang naik

Keadaan terus berbeza maha zalim turun takhta kita kehilangan suara sedar atau tidak kita kehilangan suara apabila maha zalim turun takhta dan orang lain naik takhta kita langsung kehilangan suara sang wira yang dipenjara itu obor perjuangan kita

Ketika dia di dalam sana terasa dia dekat di sini apabila dia di sini mahu kita semakinlah dekat tetapi reality menzahirkan jarak hakikat

Alam bebas tak berpagar luas tak bertepi amat berbeza walau hakikatnya kembali ke asal inilah saatnya mengenal emosi mengenal diri memang tidak mudah melalui saat ini kawan-kawan datang bercerita mengadu, meminta kata apakah dia akan tinggalkan kita mengapa dia tidak mendekati kita mengapa dia seperti jauh

Ini musim penyesuaian kembali menuntut kebijaksanaan sang pemimipin memperjelaskan beberapa kekaburan

Suasana telah berubah angin telah bertukar langit kembali warna tiada lagi dictator yang jahat yang ada seorang Mr Clean Mr Nice Guy Kata mereka

Kita kata kita berjuang menuntut keadilan ditegakkan mereka kata mereka pun sama

Kita kata kita berjuang menghapus amalan rasuah membersih pentadbiran Negara dan sebarang penyelewengan mereka kata mereka pun sama

Kita kata kita berjuang membela rakyat marhaen miskin tertindas mereka kata mereka pun sama mereka kata itulah mereka sejak lama tradisi membela rakyat

Ini musim menyuluh memperjelas perjuangan rakyat mahu suatu yang mudah dimengerti

Seperti dulu ada seorang tokoh dianiaya, dipenjara dan ada seorang penguasa maha zalim ditentang rakyat bangkit seluruh Negara bersatu tuntut keadilan sekarang rakyat itu kehilangan obor perjuangan sebahagiannya telah pun membawa diri

Ini musim penyesuaian kembali rindukan saat-saat emosi membuak ke jalanraya saat-saat-kita sanggup bersusah ke pedalaman Sarawak demi satu perjuangan

Kini semuanya tinggal kenangan rindu untuk ke medan perjuangan ini perlu disambut yang menuntut kebijaksanaan sang pemimipin kembali menjadi obor perjuangan!!!!!

Dipetik dari Idealis Mahasiswa

Wednesday 

The latest news from Harakahdaily: "

Breaking news: Ayah Pin Escaped with Discovery
Wednesday, August 03 @ 11:13:00 MYT


CAPE CANAVERAL, 3 Aug. - Islamic devationist leader from the eastern state of Malaysia, Ariffin Mohamad, a.k.a. Ayah Pin escaped the Malaysian police with the blast of the US space shuttle Discovery here today.

The shuttle, carrying the most sought after deviationist with seven other crew members, soared into slightly hazy skies, the roar of its solid booster rockets rattling windows and shaking the ground across the Cape.

Nasa lauch director, Mike Leinbach told the newsmen that the decision to include 65-year-old Ayah Pin was made very recently as to ensure the success of the mission.

Yesterday's mission was the Nasa's first since the Columbia disaster in 2003, and the man from sleepy hollow town called Besut in Terengganu is said to be a critical factor for success.

"Ayah Pin is so special to us that he knows everything out there in the space, like everything is at the back of his hand. Even Nasa's most sophisticated technology cannot come anywhere near to his knowlegde on the sky kingdom," Leinbach explained.

With Ayah Pin on board, the astronouts are expected to find the US$1 billion mission easy as the Malaysian would be able to tell them what to do once the shuttle reaches beyond the final frontier.

"Ayah Pin will do all the communications out there with his contacts all over the sky kingdom," he said, adding that this mission will be a breakthrough where communication with space creatures is concerned.

"He told us that he is very much familiar with the outerspace, which is his second home," said Leinbach.

It is very unfortunate that Ayah Pin's four wives could not board the shuttle due to space constraints. The four, however, were seen doing some shopping at the Walmart supermarket in the Cape hours before their husband departure.

With the Nasa's announcement, the mystery of Ayah Pin's whereabout came to an end. The Malaysian police is expected to give up their hunt for Ayah Pin, as Malaysia has yet to own a similar space shuttle to chase the Discovery.

Nevertheless, Ayah Pin's departure to the space via Discovery once again prove the spirit of Malaysia Boleh! (Malaysia Can Do It).

P.S. If you wish to contact Ayah Pin via the NASA ground control you can e-mail to AP_Free@Last.skyking.dom.

Monday 

PAS: Islamic movement or political party? - Malaysiakini: "
After all, if Umar al-Khattab is to be judged on his past, he would never be among the most trustworthy companions of the Prophet (pbuh).
"

Betul. betul

About me

  • I'm ltf ha
  • From sg. buloh, selangor, Malaysia
My profile
www.flickr.com
sdr. mohamad lutfi hakim ariff's photos More of sdr. mohamad lutfi hakim ariff's photos
Blogroll [−]
Powered by Blogger
and Blogger Templates Listed on BlogShares Ukhwah.com :: Top Blog